Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Sektor tenaga antara pemacu ke arah pembangunan ekonomi - Fadillah

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,20 Ogos- Tiga inovasi utama iaitu elektrifikasi,automasi dan pendigitalan,pandu perjalanan Malaysia ke arah masa depan tenaga mampan menjelang tahun 2050.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Datuk Seri Fadilah Yusof berkata sektor tenaga antara pemacu penting ke arah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau optimis pembangunan tenaga mampan menerusi penerokaan tenaga baharu dapat memupuk kemajuan sosioekonomi yang berdaya tahan sekali gus meningkatkan kualiti hidup,memelihara sumber semula jadi serta memastikan keharmonian negara yang lestari.

"Kita mesti memastikan bahawa semua penambahan tenaga baharu pada sistem kita sejajar dengan cita-cita bersih-sifar kita sambil menggantikan secara beransur-ansur bekalan tenaga sedia ada dengan alternatif karbon rendah."

"Memandangkan permintaan tenaga kami terus berkembang,kemajuan teknologi ini akan memainkan peranan penting dalam menyepadukan sumber boleh diperbaharui,menambah baik pengurusan grid,dan akhirnya memudahkan peralihan kepada landskap tenaga mampan," kata Datuk Seri Fadillah,hari ini.

Beliau berucap ketika merasmikan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (SES) @ ISES 2024 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap