Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

KEDA peruntuk RM27,000, semarak sambutan Hari Kebangsaan ke-67

Pengurus Besar KEDA Ismasuhaimi Shariff

ALOR SETAR,19 Ogos - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan sebanyak RM27,000 bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67.

Pelbagai aktiviti telah dirangka bagi memeriahkan sambutan itu termasuk melibatkan kira-kira 5,000 warga desa KEDA di negeri itu.


Pengurus Besar KEDA Ismasuhaimi Shariff berkata,antara program yang diadakan termasuk Fun Run Merdeka KEDA melibatkan warga kerja KEDA yang diadakan di sekitar Alor Setar,pagi tadi.


Ia disusuli dengan dua siri konvoi Semarak Kasih Merdeka ke Desa-Desa KEDA di lapan zon terpilih pada minggu hadapan.


Selain itu,aktiviti bersama-sama penduduk sama ada dalam bentuk kerja lapangan,pengisian kerohanian mahupun ziarah kasih kepada yang kurang berkemampuan turut diadakan dari semasa ke semasa.


Katanya,KEDA dan Kolej KEDA juga mengibarkan bendera KEDA sempena Merdeka apabila terlibat dalam Kawad Perbarisan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Kedah bagi kategori Jabatan Persekutuan/ Badan Berkanun dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).


"Sempena dengan bulan kemerdekaan ini kita telah memfokuskan untuk menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti yang berasaskan kepada semangat cintakan negara dan menanam semangat patrioritik dalam kalangan warga KEDA dan seluruh penduduk kampung Desa KEDA," kata Ismasuhaimi.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KEDA sempena Pelancaran Bulan Semarak Kasih KEDA 2024 'Malaysia Madani,Jiwa Merdeka' di Kompleks Ibupejabat KEDA,Jalan Langgar,di sini.


Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA,Hajah Afifah Omar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari dagangan ketiga berturut-turut

FBM KLCI meningkat berikutan pelabur buru kaunter sarung tangan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Niaga hadapan KLIBOR dibuka tanpa diniagakan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap