Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

RM46.2 juta untuk Projek Perumahan Rakyat Bagan Datuk

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK,19 Ogos-Sebanyak 46.2 Juta Ringgit diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi pembangunan Projek Perumahan Rakyat di Bagan Datuk,Perak.

Projek berkenaan yang dilaksanakan FELCRA Berhad menerusi anak syarikat FELCRA Sdn. Bhd itubakal dibangunkan atas tanah kerajaan berkeluasan 19.74 ekar.

Projek tersebut merangkumi pembinaan 150 unit rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) secara berkembar berkeluasan 660 kaki persegi.

Majlis pecah tanah projek tersebut disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,pagi tadi.

"Kita sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri,Datuk seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang memberikan peruntukan untuk KKDW bagi membina projek perumahan ini.

"Saya harap kita terima ini sebagai satu anugerah daripada Allah melalui Kementerian Kewangan dan KKDW dan kita gunakanlah peluang ini untuk memajukan kawasan kita,Insya-Allah" katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pemajuan Kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Simpang Tiga di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata projek tersebut turut menyediakan kemudahan asas seperti dewan terbuka,surau,tadika dan taman permainan.

Ujarnya,projek dijangka siap sepenuhnya Ogos tahun hadapan dan bakal memberi manfaat kepada 750 penduduk sekitar Rungkup,Bagan Datuk.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Mengapa pencetak inkjet komputer tangan CYCJET membuat produksi anda lebih efisien?

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

Malaysia-UAE tanda tangan FTA akhir tahun ini

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap