Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Pelarasan gaji, tingkat taraf hidup 1.6 juta penjawat awam - Pakar

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM),Dr. Abdul Rais Abdul Latiff

KUALA LUMPUR,18 Ogos- Pelarasan gaji yang diumumkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal meningkatkan taraf hidup 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.

Menurut Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Sains Malaysia (USM),Dr. Abdul Rais Abdul Latiff,langkah itu sekali gus mengukuhkan ekonomi dalam negara lebih mapan bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

"Ia selari dengan apa yang sedang dihadapi dimana kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama mencatat 4.5 peratus dan pada suku kedua kita mencatat sebanyak 5.9 peratus."

"Itu menunjukkan usaha pemulihan ekonomi kita fasa COVID -19 sedang berjalan dengan baik mengikut sasaran dan landasan yang ditetapkan oleh kerajaan," kata Dr. Abdul Rais kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia,di Angkasapuri Kota Media,hari ini.

Jelas beliau,pertumbuhan ekonomi yang stabil dilihat melalui rangsang ekonomi domestik menerusi perbelanjaan isi rumah sebanyak enam peratus dan perkembangan dalam komponen perlaburan sebanyak 12 peratus.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari dagangan ketiga berturut-turut

FBM KLCI meningkat berikutan pelabur buru kaunter sarung tangan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Niaga hadapan KLIBOR dibuka tanpa diniagakan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap