Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar ibrahim berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidatan Awam ke-19 (MAPPA),di Putrajaya / Foto Bernama
PUTRAJAYA,16 Ogos - Ketua Jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib,sekali gus menjejaskan peluang kenaikan pangkat.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memperkukuh integriti dan tatakelola Perkhidmatan Awam.
"Kerana ada Guru Besar,Ketua Jabatan,hendak jaga imej jabatan dan jaga imej sekolah,budak itu didera setengah mati,tidak dilapor kepada polis,ada Ketua Jabatan tahu pegawainya punyai kekayan yang lebih tidak dilaporkan,maka tanggungjawab kalau itu terbuti tidak dilaporkan maka Ketua Jabatan itu tidak akan dinaikkan pangkat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidatan Awam ke-19 (MAPPA),di sini.
Tambah Anwar,Ketua Jabatan juga perlu melaksanakan pusingan kerja (job rotation) secara berterusan bagi mengelakkan berlakunya kes salah laku dalam kalangan pegawai.
Selain melihat keperluan untuk memastikan perkhidmatan terus kepada rakyat seperti keperluan doktor di hospital dan pegawai polis di lapangan perlu disesuaikan dengan beban tugas hakiki dan bukan lagi dibebani dengan tugasan yang bersifat pentadbiran.
Anwar turut meminta agar cadangan itu dilaksanakan sebelum pembentangan Belanjawan Oktober ini dan Pelaksanaanya pada 1 Disember depan.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap