Kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2024 di Lima.
LIMA,16 Ogos- Jepun menyatakan minat mendalam untuk terus melabur dalam sektor tenaga di Malaysia.
Fokus tertumpu kepada hidrogen hijau.
Jelas Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof,komitmen itu dinyatakan Naib Menteri Ekonomi,Perdagangan dan Industri Jepun,Nobuhiro Yoshida.
Kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan di luar Mesyuarat Menteri-Menteri TenagaKerjasamaEkonomi Asia-Pasifik(APEC) 2024 di Lima.
"Mereka (Jepun) dah melabur di Sarawak dalam hidrogen and 'so on' (lain-lain). Beliau (Yoshida) memberi komitmen untuk terus menyokong daripada segi pelaburan dan memohon sokongan dan kerjasama untuk kita beri perhatian terhadap apa yang mereka 'offer' (tawaran).
Pertemuan dengan delegasi Singapura dan Brunei pula menyentuh mengenai perdagangan elektrik rentas sempadan.
Kedua-dua negara itu menyatakan minat untuk terusmendapatkan bekalan tenaga dari Malaysia.
Sementara delegasi Vietnam pula berminat meneroka kerjasama pembangunan sijil halal.
Dalam pada itu,Fadillah berkata Malaysia menekankan keperluan kerjasama awam-swasta (PPP) dalam memacu peralihan tenaga yang mampan dan terangkum di Asia Pasifik.
Jelasnya,ia penting untuk menggerakkan sumber,kepakaran dan inovasi bagi merealisasikan misi itu.
"Kerjasama awam-swasta amat penting dalam usaha peralihan tenaga ini. Pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian tenaga bersih dapat dipercepat dengan mewujudkan persekitaran yang menyokong.
"Ia dilaksana melalui rangka kerja kawal selia yang menyediakan kestabilan dan kebolehramalan kepada pelabur,selain mewujudkan ekosistem inovasi menerusi penyelidikan dan pembangunan," katanya.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut memaklumkan,kejayaan beberapa PPP yang diwujudkan Malaysia boleh menjadi rujukan APEC.
Ini termasuk Program Pemeteran Tenaga Bersih dan Program Solar Berskala Besar.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap