Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Agrobazaar nadi penduduk kampung dapat barang keperluan

Foto RTM

PADANG BESAR,16 Ogos - Agrobazaar Rakyat Borong Wann,salah satu daripada 25 outlet peruncitan bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menjadi nadi kepada pengguna kawasan Felcra Lubuk Sireh dan sekitarnya bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian.

Sebagai Pusat Sehenti pemasaran pelbagai produk,lebih 40,000 pengguna berkunjung ke Agrobazaar itu sepanjang tahun lalu.

Menurut Pengurus Agrobazaar Rakyat Borong Wann Wan Mohd Shafizan Wan Nan,pasar raya tersebut turut menjadi perintis pembayaran tanpa tunai dengan nilai transaksi antara RM35,000 hingga RM40,000 setiap bulan atau mencecah RM450,000 sepanjang tahun lalu.

"Pelbagai produk ditawarkan kepada pengguna termasuklah produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS),perkakasan rumah,jualan petrol,gas memasak,barangan pertukangan,pusat pengeposan harum manis,perkhidmatan percetakan,program MyKasih dan lain-lain yang mana dapat memberi kepuasan kepada pengguna," kata Shafizan.

Beliau memaklumkannya pada Kempen Jualan Murah Ayam Segar di Agrobazaar Rakyat Borong Wann,Titi Tinggi,di sini.

Menerusi MyKasih,lebih 20,000 jenis barangan disediakan yang boleh dibeli penerima berdaftar dalam MyKasih dan inisiatif berkenaan memudahkan penerima memperoleh barangan keperluan harian hanya di satu pasar raya.

Kempen Jualan Ayam Murah diilaksanakan setiap hari sejak 25 November 2023 dan berterusan sehingga kini,300 ekor ayam segar ditawarkan setiap hari kepada pengguna dengan harga purata bawah RM9.50 sekilogram dan sejak program dilaksanakan lebih 35,000 ekor ayam telah terjual.

Selain Jualan Ayam Murah,program lain turut dilaksanakan ialah Jualan Agro Madani secara berkala.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Mengapa pencetak inkjet komputer tangan CYCJET membuat produksi anda lebih efisien?

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

Malaysia-UAE tanda tangan FTA akhir tahun ini

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap