Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Pemandu treler maut tersepit dalam kemalangan lima kenderaan

FOTO JBPM PERAK

GOPENG,15 Ogos- Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan membabitkan tiga buah treler,sebuah lori satu tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 301.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Gopeng,Perak,awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan mengenai kejadian yang melibatkan tujuh orang mangsa itu pada pukul 2.37 pagi.

Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah diketuai Komander Operasi,Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Zulkafli Hamad digerakkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba,bomba mendapati seorang mangsa di salah sebuah treler tersepit di bahagian pemandu dan operasi berjaya mengeluarkan mangsa.

Namun,mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara enam lagi mangsa terselamat termasuk tiga mengalami kecederaan ringan yang merupakan pemandu dan penumpang kenderaan MPV.

Kesemua mangsa cedera diserahkan kepada petugas KKM yang berada di tempat kejadian,manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.14 pagi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Tuanku Muhriz kesal, dukacita perbuatan eksploitasi kanak-kanak

TMJ berkenan sertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor

Sambutan Maulidur Rasul : Hampir 10,000 banjiri Dataran Labuan

Sambutan Hari Malaysia 2024 : Orang ramai dinasihat datang awal

Mexico, Malaysia berpotensi kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi

Agong dan Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap