Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Malaysia sedia bantu, sokong kerajaan interim Bangladesh - PM Anwar

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,14 Ogos-Malaysia sedia membantu dan menyokong kerajaan interim Bangladesh dalam membina negara dan mengembalikan keamanan serta keselamatan negara tersebut.

Ia disampaikan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi panggilan telefon bersama Pemimpin yang juga Ketua Penasihat kepada kerajaan interim Bangladesh,Prof Muhammad Yunus,malam tadi.

"Prof Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia. Justeru,saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu.

"Saya juga gembira dengan jaminan yang diberikan oleh beliau untuk melindungi dan memberi layanan yang saksama kepada semua warga Bangladesh termasuk golongan minoriti," kata Anwar menerusi Facebook beliau hari ini.

Menerusi panggilan itu,Anwar turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Prof Muhammad Yunusbaru-baru ini dan memaklumkanbeliau telah dijemput ke Bangladesh bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua negara.

"Prof Yunus turut menjemput saya untuk melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara," katanya.

Pada 8 ogos lepas,Prof Muhammad Yunus yang juga pemenang hadiah nobel berusia 84 tahun itu mengangkat sumpah jawatan untuk mengetuai kerajaan peralihan 17 anggota di Bangladesh.

Ia berlaku selepas protes berminggu-minggu yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Liga Awami Perdana Menteri Sheikh Hasina.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap