Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Inisiatif RISDA: Hampir 7,000 pekebun kecil getah terima manfaat

Foto Hiasan

KOTA BAHRU,10 Ogos- Hampir 7,000 pekebun kecil getah di Gua Musang menerima manfaat melalui pelbagai inisiatif dilaksana kerajaan menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) setiap tahun.

Pengarah RISDA Kelantan,Ahmad Firdaus Abd Ghani berkata tahun ini sahaja Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukan sebanyak RM3.4 juta untuk melaksanakan pelbagai program dalam meningkatkan taraf pendapatan pekebun terlibat.

Jelasnya,sebanyak RM1.8 juta disalur untuk program penanaman getah,manakala RM550,000 bantuan untuk aktiviti ekonomi tambahan dan usahawan.

"Hampir 30 peratus bantuan telah disalurkan merangkumi kesemua program yang disebut dan sambutan pekebun kecil memang amat menggalakkan terutama bagi anak-anak muda apabila mereka tahu ada program-program keusahawanan ini," katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 6,985 pekebun kecil getah di Gua Musang dengan keluasan 19,000 hektar tanaman getah.

Ia merupakan sebahagian daripada 82,000 pekebun kecil seluruh Kelantan yang aktif dalam mengeluarkan komoditi utama tersebut.

Dalam pada itu,RISDA turut giat mengadakan kempen pengeluaran susu getah berbanding getah sekerap yang dilaksana pekebun kecil sebelum ini.

Ahmad Firdaus berkata,kempen tersebut menerima sambutan menggalakkan memandangkan peningkatan hasil susu getah mampu dicapai antara RM7 hingga RM8 sekilogram termasuk subsidi yang disediakan RISDA dan Lembaga Getah.

Katanya,dalam menjayakan matlamat kempen tersebut,RISDA menyediakan kemudahan asas seperti pusat pengumpulan getah dan pembeli dari luar untuk mendapatkan harga yang lebih baik.

Di Kelantan,beberapa pusat pengumpulan dibangunkan termasuk di Tanah Merah,Pasir Mas,Kuala Krai dan beberapa lokasi lain melibatkan tanaman getah seluas 50 hingga 100 hektar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap