Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Hubungan ekonomi kukuh dengan China beri kelebihan kepada Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics,Tan Teng Boo

KUALA LUMPUR,9 Ogos- Hubungan ekonomi kukuh dengan China berupaya menampan risiko dan memberi kelebihan kepada Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital Dynamics,Tan Teng Boo yakin,Malaysia berada di kedudukan baik untuk meraih manfaat dan mencatat pertumbuhan,sekiranya Amerika Syarikat berdepan kemelesetan.

Jelasnya,eksport semikonduktor tempatan juga tidak akan terjejas,malah membuka peluang untuk beralih dan menumpukan kepada pasaran negara tembok besar itu.

"Syarikat ini bernama ASE,syarikat semikonduktor. Ia sama dengan Unisem dan MPI. Mereka sudah lama berkembang di Pulau Pinang. Jadi kita ada sumber lain,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas taklimat media Capital Dynamic berkenaan situasi semasa ekonomi.

Ketika ini,70 peratus daripada eksport negara tertumpu di pasaran Asia.

Manakala,baki 14 peratus meliputi pasaran Amerika dan 9.4 peratus ke Eropah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap