Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

'Tak mampu bersaing EV China' - Anwar kongsi sebab Tesla batal rancangan

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,9 Ogos- Kegagalan Tesla menyaingi kenderaan elektrik (EV) keluaran syarikat dari China menjadi punca pembatalan rancangan syarikat tersebut mengembangkan operasi pengeluaran produknya di rantau ini.

Jelas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul.

"Tengku Zafrul telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla),kerana mereka telah mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China.

"Operasi mereka di Thailand adalah besar,(sedangkan) kita baru nak mula.

"Jadi itu penerangan langsung daripada Tesla,bukan daripada liputan (media) lain. Itu penerangan Tesla," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan,di sini,hari ini.

Rabu lalu,portal berita Thailand,The Nation melaporkan Tesla telah membatalkan rancangan untuk membina kilang pembuatan EV di Malaysia,Thailand serta Indonesia dan sebaliknya menumpukan pada pembangunan stesen pengecasan.

Sementara Tengku Zafrul menerusi platform X semalam menyatakan Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.

Beliau menjelaskan MITI ada mengadakan perbincangan dengan pengasas Tesla,Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan,tetapi bukan melibatkan perkara itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap