Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil disokong operasi BNM

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,7 Ogos - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM34.23 bilion daripada RM31.87 bilion pada sebelah pagi,manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurang kepada RM20.62 bilion daripada RM21.78 bilion.

Terdahulu,bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM juga menyemak tender semalaman konvensional daripada RM33.5 bilion kepada RM34.2 bilion.

Pada 4 petang,bank pusat melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM34.20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM20.60 bilion,kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 6 Ogos. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari dagangan ketiga berturut-turut

FBM KLCI meningkat berikutan pelabur buru kaunter sarung tangan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Niaga hadapan KLIBOR dibuka tanpa diniagakan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap