Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Kanak-kanak perempuan maut ketika terima rawatan

FOTO FAIL

IPOH,7 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat terjatuh di lantai rumah pengasuhnya di Taman Cempaka,di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata,laporan kejadian itu diterima daripada ayah mangsa pada Isnin lalu,sekitar pukul 7.20 malam.

Beliau berkata,mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terjatuh sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada Selasa pukul 11.10 malam.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

"Susulan itu,polis telah menahan seorang wanita berusia 30 tahun yang juga merupakan pengasuh kanak-kanak itu,pada Rabu," kata Azizi menerusi kenyataan.

Siasatan masih dijalankan dengan merakam percakapan saksi-saksi terlibat.

Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Mengapa pencetak inkjet komputer tangan CYCJET membuat produksi anda lebih efisien?

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

Malaysia-UAE tanda tangan FTA akhir tahun ini

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap