Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Rusuhan di UK: Beri kesedaran berita palsu tidak boleh ditangani sambil lewa

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMA

PUTRAJAYA,7 Ogos- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan mengambil maklum gesaan ahli-ahli parlimen di United Kingdom (UK) berhubung keperluan meneliti isu berkaitan penyebaran maklumat palsu terutama selepas insiden rusuhan di negara berkenaan berlaku.

Insiden berkenaan turut memberi kesedaran kepada Malaysia bahawa masalah penyebaran berita palsu tidak boleh ditangani secara sambil lewa.

“Memang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini ada berbincang dengan badan kawal selia UK iaitu Ofcom. Saya akan minta MCMC berhubung semula (dengan Ofcom) untuk mendapatkan pandangan mereka seterusnya," katanya.

"Di Malaysia,sekurang-kurangnya kita telah banyak mengadakan perbincangan dengan platform media sosial untuk pastikan mereka juga bersifat proaktif dan membantu untuk mengekang penularan berita palsu terutama yang berkait isu 3R," katanya dalam sidang media di sini.

Jemaah Menteri turut dimaklumkan keadaan di negara berkenaan terkawal dan pada masa yang sama,beberapa tindakan diusahakan oleh kerajaan UK untuk menjamin keselamatan orang awam.

Dalam pada itu,semua pihak termasuk pengamal media diminta memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung sebarang siasatan yang dilaksana pasukan itu.

Fahmi berkata,walaupun memahami keperluan pengamal media melindungi pemberi maklumat,namun undang undang negara masih terpakai.

"Saranan saya adalah untuk memberi kerjasama yang baik. Bagaimanapun,sebelum ini yang saya telah nyatakan sebelum ini dari segi sumber,kita di kementerian ini menghormati hak rakan media untuk melindungi maklumat mengenai apa disebut sebagai whistleblower atau pemberi maklumat. Undang-undang sedia ada terpakai",katanya.

Sebelum itu,polis memaklumkan membuka siasatan berhubung laporan sebuah portal dalam talian mengenai rombakan besar-besaran dalam kepimpinan tertinggi polis.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap