Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Kadar kemalangan motosikal tinggi, PM zahir kebimbangan

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,6 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal yang berkait dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang selain isu penyelenggaraan jalan raya.

Menerusi hantaran di laman Facebook,beliau berkata kebimbangan sama turut dizahirkan oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri hari ini.

"Antara inti pati pertemuan kami adalah mengenai isu keselamatan jalan raya dan keselamatan di tempat kerja.

"Saya berharap NGO seperti ini dan lain-lain lagi,akan terus memberi khidmat kepada komuniti dalam membina budaya keselamatan yang mampan selain turut memainkan tanggungjawab dalam menyampaikan misi dan hasrat kerajaan khususnya kesedaran tentang Malaysia MADANI," katanya.

Anwar berkata pertubuhan bukan kerajaan yang diterajui Lee,seorang aktivis sosial berpengaruh,berperanan mempromosi kempen kesedaran,keselamatan dan mendidik masyarakat dalam membentuk budaya selamat,sihat serta mewujudkan suasana kerja kondusif.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Tuanku Muhriz kesal, dukacita perbuatan eksploitasi kanak-kanak

TMJ berkenan sertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor

Sambutan Maulidur Rasul : Hampir 10,000 banjiri Dataran Labuan

Sambutan Hari Malaysia 2024 : Orang ramai dinasihat datang awal

Mexico, Malaysia berpotensi kerjasama dalam pelbagai bidang teknologi

Agong dan Raja Permaisuri berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap