Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis DGP

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR,6 Ogos - Kerajaan akan melihat keperluan memanjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) daripada 12 bulan kepada 24 bulan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.

Setakat ini seramai 446 majikan telah mengemukakan permohonan menyertai DGP.

"Projek rintis ini adalah untuk kita tengok bagaimana sistem ini beroperasi serta maklum balas yang kita boleh dapat.

"Kita mahu memastikan keluk pembelajaran yang kita letakkan dalam pendekatan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin," katanya dalam sesi dialog awam Dasar Gaji Progresif di sini,hari ini.

Sebanyak RM50 juta disediakan bagi pelaksanaan projek rintis DGP bermula Jun lepas termasuk pembayaran insentif kepada 1,000 majikan.

Pembayaran insentif kepada majikan dijangka pada Oktober depan apabila majikan mengemukakan tuntutan yang memenuhi syarat ditetapkan.

Dalam pada itu,Rafizi berkata majikan tidak sepatutnya melihat Dasar Gaji Progresif sebagai menambah beban kos kepada mereka.

Beliau berkata dasar itu bertujuan mempercepatkan peningkatan kemahiran pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana.

Katanya ia juga akan memberi ruang kepada kerajaan menilai perkara-perkara dalam usaha menambah baik apabila menskalakan perkara tersebut kepada lebih banyak syarikat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari dagangan ketiga berturut-turut

FBM KLCI meningkat berikutan pelabur buru kaunter sarung tangan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Niaga hadapan KLIBOR dibuka tanpa diniagakan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap