Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Jenazah Firdaus dikebumikan di Kampung Parit Jay

Adik kepada Allahyarham Muhamad Firdaus

BAGAN SERAI,5 Ogos- Jenazah Muhamad Firdaus Abdul Fatah; salah seorang daripada dua mangsa yang maut dalam insiden letupan membabitkan sebuah kapal di perairan Samalaju,Bintulu,Sarawak selamat dikebumikan pukul 7.25 pagi tadi.

Terdahulu,jenazah tiba di kediamannya di Kampung Parit Jay,di sini pukul 4.04 pagi.

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Permaisuri Tuanku Hajah Haminah selepas solat subuh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Jay Matang Jelutong.

Allahyarham merupakan anak ke-6 daripada sembilan beradik dan meninggalkan seorang isteri.

Sementara itu,adik kepada Allahyarham Muhamad Firdaus berkata,arwah sepatutnya pulang ke kampung halaman untuk bercuti bulan ini.

"Memang sudah berapa bulan duduk atas kapal,dijangkakan arwah akan balik bercuti di kampung.

"Dia (arwah) selalu ada dengan adik beradik,dan sebelum naik kapal memang selalu minta halalkan makan dengan minum. Dia juga selalu pesan kalau tak dapat balik raya," katanya.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu,dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden letupan di bilik enjin kapal Icon Amara,ketika dalam perjalanan menuju ke pelantar Patricia.

Ketua Polis Daerah Bintulu,Superintenden Nixon Joshua berkata,kesemua mangsa merupakan anak kapal tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Mengapa pencetak inkjet komputer tangan CYCJET membuat produksi anda lebih efisien?

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

Malaysia-UAE tanda tangan FTA akhir tahun ini

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap