Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Kempen Tukar Tong Sampah Beroda pendekatan perkasa kelestarian alam sekitar

Mohd Nur Izham Ahmad

JOHOR BAHRU,31 Julai- Kempen Tukar Tong Sampah Beroda yang dilaksanakan SWM Environment,sejak Jun lalu sebagai pendekatan bagi memperkasakan lagi usaha ke arah kelestarian alam sekitar di Johor.

Pengurus Kawasan Servis Johor Selatan 1 SWM Environment Mohd Nur Izham Ahmad berkata,usaha itu dilakukan bagi menggantikan tong sampah beroda yang rosak,agar aspek pengurusan sisa buangan menjadi lebih efisien.

Bagaimanapun penukaran tong sampah beroda itu dilaksanakan secara berperingkat ke seluruh perumahan melibatkan 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Ia membabitkan tong-tong sampah yang melebihi tempoh 10 tahun akan ditukar dengan tong baharu,dilengkapi nombor siri,bagi memenuhi standard terbaik dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

"Jadi setiap tong sampah itu merupakan aset kerajaan yang diberikan dan ianya jika rosak akan digantikan secara percuma. Untuk setiap pemilik kediaman,perlu mendaftarkan tong-tong sampah mereka di laman portal e-bin SWM Environment bagi kemudahan pihak kita untuk memproses permohonan dan pertukaran tong sampah ini," katanya kepada pemberita di sini.

Namun bagi merealisasikan perkara itu kerjasama daripada pemilik diperlukan bagi memastikan tong sampah beroda berada di luar pagar kediaman bagi memudahkan proses pertukaran.

Pihaknya juga berharap masyarakat khususnya di Johor dapat memanfaatkan kemudahan tong sampah beroda yang dibekalkan dengan melaksanakan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca,mengikut jadual ditetapkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap