Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Stesen Pam Kemubu 3 KADA dijangka siap pada Mei 2025

Datuk Arthur Joseph Kurup

KUALA LUMPUR,31 Julai- Projek Pembinaan Stesen Pam Kemubu 3 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka siap Mei tahun depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata,sehingga kini status pembinaannya telah melebihi 30 peratus.

Projek berkenaan bertujuan mengatasi masalah gangguan bekalan air ke petak-petak sawah pada musim kemarau di Kelantan.

Ianya melibatkan kos keseluruhan lebih RM25 juta dilaksana di Kompleks Stesen Pam Kemubu KADA di Kampung Kemubu,Ketereh,Kelantan.

"Kontraktor kini sedang menjalankan kerja-kerja menanam cerucuk di muka sauk dan pembinaan struktur konkrit bertetulang bangunan rumah pam serta kerja-kerja awalan untuk mekanikal dan elektrikal di tapak.

"Setelah projek ini siap,risiko gangguan bekalan airpengairan ke kawasan Skim Pengairan Kemubu akan dapat dikurangkan semasa musim kemarau," katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara Senator Tuan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau bertanya soalan berkenaan perkembanganpembinaan Rumah Pam Kemubu 3 (KADA) bagi mengatasi masalah kekurangan sumber air yang terpaksa ditanggung oleh pesawah ketika musim kemarau serta langkah-langkah untuk memastikan penggunaan air yang efisien dan lestari.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap