Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Lebih 667 pengguna NEM Rakyat dapat rebat Skim SolaRIS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,30 Julai- Lebih daripada 667 pengguna Permeteran Tenaga Bersih Rakyat (NEM Rakyat) berjaya menyiapkan pemasangan sistem solar dan turut menerima rebat program Skim Insentif Solar Rakyat (SolaRIS) sejak diperkenalkan pada 1 April,2024.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata majoriti daripada mereka menerima RM4,000 setiap pengguna melalui rebat SolaRIS.

Pelaksanaan SolaRIS secara konsepnya berupaya menurunkan kos pemasangan sistem solar bagi pengguna domestik kerana mewujudkan ekonomi skala yang membolehkan kos pemasangan sistem solar untuk rakyat pada kadar lebih rendah serta mampu bayar.

“Langkah ini sekali gus meningkatkan permintaan pemasangan solar dalam kalangan pengguna domestik dan menyumbang kepada sasaran peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) selaras dengan Pelan Tindakan Peralihan Tenaga Negara (NETR),” katanya.

Kenyataan PETRA dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini bagi menjawab pertanyaan Mohd Hasbie Muda mengenai perkembangan terkini program SolaRIS dan jika pelaksanaannya dapat membantu kerajaan mencapai sasaran penjanaan TBB.

Analisis menunjukkan purata bilangan permohonan NEM Rakyat telah meningkat daripada kira-kira 100 permohonan kepada 150 permohonan sehari selepas skim SolaRIS dilancarkan,kata kementerian itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap