FOTO RTM
KUALA LUMPUR,30 Julai - Lencongan trafik sementara akan dilaksanakan bermula 31 Julai hingga 7 Ogos dari 10.00 malam hingga 6.00 pagi setiap hari berikutan penutupan jalan untuk kerja-kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Persiaran Bandar Utama,Selangor.
Setia Utama LRT 3 Sdn Bhd dalam kenyataan berkata,penutupan itu melibatkan lorong paling kanan di Persiaran Bandar Utama (Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala jalan susur) dan Persiaran Bandar Utama (arah BU2) ke Sri Pentas .
"Pelaksanaan lencongan itu dengan kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Amanat Lebuh Rakyat (ALR). Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,"menurut kenyataan itu.
Projek LRT3 dijangka menghubungkan kira-kira dua juta penduduk antara Bandar Utama dan Klang serta dibangunkan selari dengan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) sekali gus menjadi ciri utama dalam memperluas kesalinghubungan rel ke Koridor Barat GKL/KV
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian bantuan LRT3 iaitu 1 800 18 2585 dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) atau layari www.lrt3.com.my atau ikuti laman X @myLRT3.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap