Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
KUALA LUMPUR,25 Julai - Kegigihan kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi serta petunjuk pertumbuhan yang positif pada masa ini,terus menjadi pendorong pembelian asing dalam pasaran saham Malaysia.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tindakan sedemikian turut memaparkan keyakinan berterusan pelabur terhadap negara ini.
“Salah satu sebab kenaikan pasaran saham naik adalah keyakinan pelabur bagi jangka sederhana dan panjang selain menunjukkan dasar kerajaan yang telah kita laksanakakukan setakat ini adalah tepat.
“Pada masa sama,limpahan ekonomi itu akan turut dinikmati oleh syarikat-syarikat serta rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pembuatan Pintar Malaysia 2023 di sini,malam tadi.
Menjelaskan selanjutnya,Tengku Zafrul turut memetik kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa ekonomi negara ini diunjur berkembang 5.8 peratus dalam suku kedua 2024 berbanding 4.2 peratus pada suku sebelumnya.
Sehubungan itu,angka-angka positif sedemikian menjadi petanda suntikan lebih banyak dana asing ke dalam Bursa Malaysia selain dalam bentuk pelaburan langsung domestik dan pelaburan langsung asing.
Tengku Zafrul berkata demikian sebagai mengulas rencana media kewangan Bloomberg yang mengetengahkan pasaran saham Malaysia yang kembali menarik kehadiran pelabur global berikutan tarikan dari segi perkhidmatan berkaitan kecerdasan buatan (AI) di rantau ini.
Laporan itu menyatakan dana asing menjadi pembeli bersih ekuiti tahun ini selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim melaksanakan dasar-dasar bagi menarik pelaburan asing dalam industri semikonduktor dan pembangunan pusat data AI. - BERNAMA
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap