Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Ringgit ditutup mengukuh sedikit berbanding dolar AS, mata wang utama

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,24 Julai- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun mata wang negara maju itu kekal meningkat berbanding mata wang lain,kata penganalisis.

Perkembangan itu berikutan jangkaan AS menurunkan kadar faedah utamanya.

Pada 6.00 petang,ringgit meningkat kepada 4.6705/6735 berbanding dolar AS daripada 4.6720/6745 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dilihat sebagai agak mengukuh pada paras 4.67.

Beliau juga menyifatkan kadar inflasi Malaysia bagi Jun 2024 sebagai stabil pada 2.0 peratus yang menunjukkan impak daripada peningkatan harga bahan api diesel pada 10 Jun lepas,berupaya dikekang pada masa ini.

“Memandangkan risiko keseimbangan inflasi yang cenderung meningkat,Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan pendirian dasar monetari semasa.

“Keadaan itu positif bagi ringgit ketika kadar faedah di negara-negara kuasa ekonomi lain,termasuk AS lebih menjurus untuk diturunkan,” katanya kepada Bernama.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB,Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan pula menjangkakan sentimen pasaran kembali pulih susulan pengumuman data-data ekonomi seperti Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan bagi Julai pada malam ini,angka awal Keluaran Dalam Negara Kasar untuk suku kedua esok dan laporan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi terkini pada Jumaat.

Dalam pada itu,ringgit juga diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 6.0291/0330 daripada 6.0320/0352,meningkat berbanding euro kepada 5.0633/0665 daripada 5.0771/0798 namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.0173/0196 daripada 2.9958/9976.

Prestasi ringgit bagaimanapun bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN,termasuk mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 287.9/288.3 daripada 288.1/288.4 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4727/4752 daripada 3.4731/3752 pada akhir urus niaga semalam.

Berbanding baht Thailand,ringgit susut kepada 12.9133/9266 daripada 12.9004/9116 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.99/8.00,sebelum ini. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Penyertaan Malaysia dalam BRICS wujudkan persekitaran perdagangan seimbang

Niaga hadapan emas dijangka diniaga dalam julat kecil minggu depan

Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

Ringgit dijangka diniagakan pada kecenderungan meningkat minggu depan

Data pekerjaan lemah dorong penutupan rendah Wall Street

Bursa Malaysia dijangka uji semula paras 1,670 minggu depan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap