Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

KKM perketatkan peraturan penjualan dan penggunaan racun tidak berdaftar

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA PERLIS,14 Julai-Kementerian Kesihatan Malaysia akan memperketatkan peraturan berkaitan penjualan dan penggunaan racun tidak berdaftar di pasaran.

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan,penguat kuasa KKM akan memantau,mengenal pasti dan menguatkuasakan peraturan lebih ketat terhadap premis atau individu yang terlibat dengan pemilikan dan penjualan produk khususya melibatkan racun makhluk perosak tidak berdaftar.

Ini berikutan racun yang tidak berdaftar kebiasaannya mengandungi bahan kimia yang terlalu tinggi dan berbahaya bukan sahaja kepada pengguna itu sendiri malahan orang sekeliling.

Tindakan penguatkuasaan ini bukan sahaja melibatkan KKM semata-mata,tetapi juga agensi berkaitan.

"Peraturan atau pun SOP itu perlu kita perketatkan daripada sudut penggunaan dan juga jualan. Itu sudah ada,tapi kita hendak menguatkuasakan peraturan itu.

"Saya yakin itu sudah,dan kita juga akan melibatkan agensi-agensi yang lain juga. Itu adalah sangat penting bukan sahaja KKM tapi kita hendak kolaborasi agensi-agensi lain",katanya demikian pada Program Walkabout Premis Bersih,Bebas Asap atau “BeBAs’’ di Komalaut 2,Kuala Perlis melibatkan 14 premis yang menjadi lokasi keempat pelaksanaan program ini sejak Februari lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap