Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,11 Julai- Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS,kata penganalisis.

Pada pukul 6.00 petang,ringgit didagangkan lebih tinggi kepada 4.6855/6895 berbanding dolar AS daripada 4.6985/7010 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,jangkaan kadar faedah AS yang lebih rendah juga telah meningkatkan minat risiko dalam kalangan peserta pasaran.

Beliau berkata,keadaan itu mendorong peningkatan mata wang negara serantau berbanding dolar AS iaitu baht Thailand,rupiah Indonesia,peso Filipina dan dolar Singapura.

Sementara itu,Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) juga mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dan tidak menunjukkan kecenderungan untuk mengurangkan kadar dasarnya.

Mohd Afzanizam berkata,keadaan itu menjadi satu petunjuk bahawa perbezaan kadar faedah yang ketara di antara Kadar Dana Rizab Persekutuan AS (Fed) dengan OPR akan dikecilkan apabila Fed mula melaksanakan keputusannya untuk mengurangkan kadar pada September.

“Bagaimanapun,laluan untuk kenaikan ringgit tidak akan sama seperti yang dijangkakan. Ia boleh dikekang terutama apabila pegawai Fed masih berpendirian cenderung kepada kadar faedah tinggi,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang domestik naik berbanding yen Jepun kepada 2.9003/9030 daripada 2.9075/9092 ketika ditutup pada Rabu,dan meningkat berbanding euro kepada 5.0819/0862 daripada 5.0828/0855.

Bagaimanapun,ringgit turun berbanding pound British kepada 6.0335/0387 daripada 6.0174/0206.

Mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara serantau Asean.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4774/4807 daripada 3.4817/4838 ketika ditutup semalam,dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.05 daripada 8.05/8.07.

Unit tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9184/9341 daripada 12.9062/9184 pada Rabu dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 289.2/289.7 daripada 289.2/289.6. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap