Foto RTM
SERIAN,12 Julai - Enam stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) sudah dan sedang dibina Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).
Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar,Datuk Len Talif Salleh,ia sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan bakar hidrocarbon,seiring dengan hala tuju global menggalakkan penduduk menggunakan EV.
Stesen yang sudah beroperasi ialah di Darul Hana Petra Jaya,Kuching dan Daro.
Pembinaan turut melibatkan lokasi strategik di Pusa,Kapit,Sibu dan Miri bagi memudahkan pengguna EV.
“Akan ada pelan jangka masa panjang untuk menyediakan pusat pengecas EV,ia akan memudahkan pengguna dan kita bukan sahaja bercakap mengenai EV sahaja tetapi juga hidrogen.” Katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Bengkel Pendidikan Alam Sekitar untuk Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) Peringkat Sarawak di sini.
Seramai 85 guru Kelab PALS seluruh negeri menyertai bengkel empat hari bermula 9 Julai hingga hari ini.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap