Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Profesor Dr Suzana terima anugerah 'Top 50 Women in Education'

Profesor Dr. Suzana Sulaiman

KUALA LUMPUR,12 Julai- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Profesor Dr. Suzana Sulaiman dianugerahkan 'Top 50 Women in Education' dalam majlis berprestij World Education Congress Awards 2024 yang diadakan di Taj Land's End,Mumbai.

Penolong Naib Canselor (Komunikasi Strategik) UiTM dalam satu kenyataan berkata,anugerah itu mengiktiraf wanita yang telah menyumbang secara signifikan dalam bidang pendidikan melalui inovasi,dedikasi,dan kepimpinan.

"Pengiktirafan itu bukti komitmen UiTM terhadap kecemerlangan akademik di peringkat


antarabangsa,sekali gus meningkatkan reputasi universiti itu di mata dunia.

"Anugerah ini disampaikan oleh Prof. Indira J. Parikh,Pengasas Presiden FLAME,Pune dan Presiden Antardisha,sebuah organisasi bukan kerajaan yang komited untuk mewujudkan platform bagi individu dan institusi yang fokus kepada transformasi,pembelajaran berterusan dan pembangunan," katanya.

Majlis itu turut dihadiri peserta dari India,Bangladesh,Sri Lanka,Pakistan,Amerika Syarikat,Uganda,United Kingdom,Malaysia,Bhutan,Jepun,dan Qatar.

Penerima anugerah dinilai oleh World Sustainability,World HRD Congress,World Federation Academic & Educational,World Federation Quality and Professional,World Federation of Human Resources Professionals,dan Thought Leaders International.

Suzana turut dijemput untuk memberi syarahan dalam majlis itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap