Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

PKNPk gali parit, tingkat kawalan keselamatan di SVTP

Foto PKNPk

IPOH,30 Jun- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan Silver ValleyTechnology Park (SVTP) yang berkeluasan 3,088 ekar di Kanthan,Chemor bermula semalam.

Agensi tersebut telah mengambil tindakan menggali parit di sekeliling kawasan tanah tersebut bagi menghalang laluan keluar masuk susulan aktiviti pencerobohan berterusan.

PKNPk menerusi satu kenyataan berkata langkah tersebut adalah mengikut proses dan lunas undang-undang demi menjaga hak dan kepentingan semua pihak.

"Ia termasuk untuk memberi fokus terhadap pembangunan projek SVTP yang dijangka bakal mewujudkan sebanyak 13,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," kata kenyataan itu.

Jelas PKNPk,selaku pemilik berdaftar pihaknya membuka ruang kepada penceroboh-penceroboh untuk memohon kebenaran untuk memasuki dan membawa keluar hasil tanaman atau aset milik mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

Sejak 2021,pihaknya bersama kerajaan negeri dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) telah menawarkan tanah alternatif di Changkat Kiding yang telah digazetkan sebagai zon pertanian.

Namun tawaran tersebut enggan diterima oleh pihak penceroboh.

Justeru,sekiranya penceroboh bersetuju untuk menandatangani perjanjian pajakan tanah di lokasi yang ditetapkan,perjanjian tersebut akan didaftarkan dan aktiviti pertanian boleh dilakukan sepanjang tempoh pajakan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

Malaysia-UAE tanda tangan FTA akhir tahun ini

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030

Bursa Malaysia ditutup rendah, sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap