Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

'E-waste' ancam kesihatan manusia dan alam sekitar

Masyarakat di Negeri Sembilan digalakkan untuk mengasingkan sisa buangan elektronik

SEREMBAN,28 Jun- Masyarakat di Negeri Sembilan digalakkan untuk mengasingkan sisa buangan elektronik atau e-waste kerana ia mengandungibahan kimiaberbahayayangboleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar.

Exco Keusahawanan,Sumber Manusia,Perubahan Iklim,Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan,S. Veerapan,berkata E-wastekinidijadikansumberbahanmentahuntukindustrikitarsemulabagi mendapatkan bahan-bahan logam yang bernilai untuk kegunaan lain.

Sisa buangan elektronik dikategorikan sebagai buangan terjadual dan disenaraikan dalam Jadual Pertama,Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)2005,Akta KualitiAlamSekeliling1974dan diberikankodsebagai SW110.

"Di Negeri Sembilan kita galakkan rakyat untuk memisahkan sampah domestik dengan sisa elektronik,sebab sisa elektronik ini perlu diasingkan supaya kita boleh hantar ke tempat pengumpulan e-waste dan juga kitar semula e-waste supaya e-waste ini dapat diurus dengan baik dan sistematik",katanya selepas diwawancara menerusi Segmen Tamu Kito NEGERIfm di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad,Seremban.

Tambahnya,konsep 3R (reuse,reduce,recycle) telah diterapkan dalam usaha untuk mengelakkan e-waste terus dilupus dan mencemarkan alam.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap