Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin
KUALA LUMPUR,26 Jun- Pelaburan langsung asing; FDI Malaysia merekodkan aliran masuk bersih berjumlah RM40.4 bilion pada 2023.
Manakala,pelaburan luar negeri; DIA berjumlah RM40.6 bilion bagi tempoh sama.
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata,aliran masuk FDI menyusut daripada RM75.4 bilion tahun sebelumnya.
Ini terutamanya dalam ekuiti dan dana pelaburan saham,yang mencerminkan ekonomi global yang perlahan.
Penurunan juga selaras laporan Pemantauan Trend Pelaburan Global UNCTAD 2024 yang mengunjurkan aliran FDI ke negara-negara membangun turun sembilan peratus,berjumlah AS$841 bilion tahun lalu.
Bagaimanapun,nilai terkumpul pelaburan asing,meningkat kepada RM926 bilion pada penghujung 2023.
Jelas Datuk Seri Dr Mohd Uzir,sektor perkhidmatan kekal penyumbang utama DIA bagi tahun 2023 dengan jumlah terkumpul RM461.1 bilion diikuti perlombongan dan pengkuarian dan pembuatan.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap