Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Tengku Zafrul: Gugur BlackRock beri kesan negatif agenda pelaburan negara

Pelaburan BlackRock di Malaysia kini cecah RM27.5 bilion kata Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR,27 Jun - Pengguguran pelaburan BlackRock dari Malaysia akan mendatangkan kesan negatif terhadap usaha merealisasikan agenda pelaburan negara.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan ia khususnya apabila Blackrock memiliki pelaburan ekuiti dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia,dengan aset bernilai sekitar RM27.5 bilion.

Jelasnya,pelaburan dengan angka yang signifikan daripada Blackrock telah mewujudkan peluang pekerjaan,khususnya dalam sektor berteknologi dan bernilai tinggi yang disasarkan oleh negara.

"BlackRock telah berada di Malaysia sejak tahun 1990-an. Menurut data yang boleh diperoleh secara terbuka setakat Mei 2024,BlackRock sebagai sebuah firma pelaburan global sudah memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi sektor industri,dengan tiga entiti terbesar merupakan institusi perbankan di negara ini.

"Secara keseluruhan mereka memiliki aset bernilai sekitar RM27.5 bilion di Malaysia. RM20.5 bilion dalam Bursa Malaysia dan sekitar RM7.0 bilion dalam Bon kerajaan dan Korporat di Malaysia," katanya ketika menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Bagan,Lim Guan Eng pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau turut memaklumkan syarikat-syarikat yang berkaitan BlackRock juga turut menyumbang pelaburan secara positif kepada negeri-negeri seluruh Malaysia.

Ia termasuk Intel yang menyumbang kepada pertumbuhan sub-sektor semikonduktor di Pulau Pinang; Infineon di Melaka dan Kedah serta Texas Instruments dalam industri elektrikal & elektronik di Melaka dan Kuala Lumpur.

Lim meminta MITI menyatakan jumlah pelaburan oleh BlackRock atau syarikat yang kaitan dengannya dalam Malaysia dan impak kepada ekonomi negara sekiranya semua pelaburan BlackRock berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini digugurkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari dagangan ketiga berturut-turut

FBM KLCI meningkat berikutan pelabur buru kaunter sarung tangan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Niaga hadapan KLIBOR dibuka tanpa diniagakan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap