Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,25 Jun - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini kerana sentimen ekonomi global bersikap berhati-hati mendorong sesetengah pelabur beralih ke arah mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit,kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi,ringgit meningkat kepada 4.7075/7110 berbanding dolar US daripada 4.7110/7150 pada Isnin.

Peniaga itu berkata pelabur sedang menunggu pengumuman indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat depan,Rizab Persekutuan AS bergantung kepada kemajuan pengukuran dalam menurunkan inflasi kepada sasaran 2.0 peratus.

Beliau berkata pelabur juga akan memantau debat presiden AS pertama kali diadakan antara Presiden Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump dijadualkan berlangsung pada Khamis ini selepas pasaran AS ditutup.

Sementara itu,ringgit dibuka rendah berbanding sekumpulan mata wang utama,merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9534/9560 daripada 2.9508/9535 ketika ditutup semalam,turun berbanding pound Britain kepada 5.9717/9764 daripada 5.9679/9730 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0526/0563 daripada 5.0511/0554 sebelum ini.

Bagaimanapun,ringgit diniagakan kebayakannya tinggi bebanding mata wang ASEAN.

Unit tempatan menguncup berbanding baht Thailanda kepada 12.8669/8811 daripada 12.8383/8541 pada Isnin.

Bagaimanapun,ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.4803/4832 daripada 3.4811/4843 ketika ditutup pada Isnin,naik berbanding rupiah Indonesia kepada 287.1/287.4 daripada 287.3/287.7 sebelumnya dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.02. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap