Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

China sifatkan Malaysia negara sahabat, jiran dipercayai

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,21 Jun- Lawatan Perdana Menteri China,Li Qiang ke Malaysia walaupun singkat,namun berjaya mengukuh dan meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China,Datuk Abdul Majid Ahmad Khan menyifatkan perhubungan kedua-dua negara amat baik dalam pelbagai sektor.

"Perdana Menteri China menganggap Malaysia sebuah negara sahabat yang karib dan jiran boleh dipercayai. (Beliau) berikrar untuk memperdalam serta perbesar hubungan antara kedua-dua negara pada masa hadapan

"Kedua-dua negara telah memperdalamkan kerjasama dalam pelbagai bidang terutama bidang ekonomi. Ini jelas menerusi beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani.

"... merangkumi sektor-sektor 'digitalisation' 'green technology' dan pembuatan,juga lain-lain bidang termasuk perumahan dan pelajaran," katanya kepada pemberita ketika dihubungi RTM hari ini.

Qiang tiba di Malaysia pada Selasa lepas untuk lawatan rasmi tiga hari yang berakhir semalam dan merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac 2023.

Lawatan beliau bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China susulan pemeteraian Penyataan Bersama antara Perdana Menteri Kedua Malaysia,Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu,Chou En Lai pada 31 Mei 1974.

China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009. Tahun lepas jumlah perdagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion),mewakili 17.1 peratus daripada perdagangan global Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN

Lawatan PM China ke Malaysia,perkasa hubungan dua hala

Tamat lawatan kerja tiga hari di Malaysia,PM China berlepas pulang

Hubungan Malaysia-China terbina atas ikatan rasa saling menghormati,persefahaman

Malaysia,China lanjutkan pengecualian visa

Hubungan Malaysia-China contoh terbaik di rantau ini - Li Qiang

Anwar rai Li Qiang dalam majlis makan tengah hari

Li Qiang diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana

Li Qiang lawat Malaysia bermula hari ini

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

INTERFILIERE Shanghai 2024 to Come up: Connect Upstream and Downstream Sectors, Jointly Depict A New Chapter of Body Fashion Trends

KKDW komited lahir graduan tahfiz berkemahiran

Disyaki tawar khidmat 'seks', 56 warga asing dicekup JIM

Lembaga KPF perlu ada pengurusan cekap, jaga kebajikan peneroka

Operasi ladang, warga FELDA sambut baik pengumuman bantuan tambahan diesel

Empat negeri dikenal pasti berpotensi peneraju CCUS

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap