Datuk Hanifah Hajar Taib bersama peserta Talent Bank
KUCHING,20 Jun- Penyertaan Malaysia dalam BRICS dijangka bukan sekadar memberi implikasi kepada pengukuhan matawang malah lebih daripada itu.
Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,penyertaan negara dalam BRICS berupaya memperkasakan pelbagai sektor lain seperti pelancongan.
Sebelum ini,media melaporkan Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai kesatuan ekonomi dipelopori oleh negara Brazil,Rusia,India,China,dan Afrika Selatan atau lebih dikenali sebagai BRICS tidak lama lagi.
Datuk Hanifah bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Talent Bank di Kuching petang tadi.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengesahkan permohonan Malaysia untuk menyertai BRICS.
Dalam majlis itu,Datuk Hanifah turut berharap Talent Bank atau gedung bakat yang diterajui Yayasan Peneraju berupaya menaiktaraf keupayaan para pencipta Bumiputera.
Bank terbabit juga menyasarkan untuk melahirkan seramai 10,000 bakat pemimpin berimpak tinggi menjelang 2030.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap