Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Projek Aerotrain KLIA dijangka siap lebih awal menjelang 31 Januari 2025

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,18 Jun - Projek Penggantian Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadual siap lebih awal menjelang 31 Januari 2025.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kenyataan berkata,jangkaan itu dua bulan lebih awal daripada tarikh asal siap pada 31 Mac 2025.

Pengendali lapangan terbang itu berkata garis masa yang dipercepat telah dimuktamadkan menerusi kontrak yang dimeterai pada 14 Jun,2024,melibatkan Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang) dan usaha sama merangkumi IJM Construction Sdn Bhd dan Pestech Technology Sdn Bhd (IJMC-Pestech JV).

MA Sepang adalah anak syarikat milik penuh MAHB and Alstom Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd (Alstom).

"Sebagai pihak utama penyelarasan projek,Alstom akan memantau penghantaran tiga tren baharu,menaik taraf dua laluan dan pengujian komprehensif secara menyeluruh yang diperlukan bagi keselamatan operasi,” katanya.

MAHB berkata berdasarkan garis masa projek,tren aero baharu itu dijangka tiba di Malaysia dari China menjelang akhir suku ketiga tahun ini.

"Aerotrain berkenaan kemudiannya akan melalui proses pengoperasian dan pentauliahan serta ujian ketat oleh pihak berkuasa berkaitan sebelum dapat beroperasi secara rasmi," katanya.

Pada Mac 2022,MAHB mengumumkan telah menganugerahkan Projek Penggantian Aerotrain KLIA,yang mempunyai garis masa untuk disiapkan selama tiga tahun.

Bagaimanapun,projek berkenaan mengalami kelewatan dan disusuli dengan penganugerahan projek baharu pada Januari 2024 kepada konsortium merangkumi Alstom,pengeluar peralatan asal Aerotrain dan JMC-Pestech JV untuk mengemudi projek itu agar kembali kembali ke landasan asal.

"Walaupun ada halangan ini,MAHB dan rakan kongsi projeknya bekerjasama secara berkesan untuk mencapai tarikh siap lebih awal daripada jadual asal dengan melaksanakan strategi inovatif dan pengurusan projek yang cekap," katanya.

Sementara itu,Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB Mohamed Rastam Shahrom menyifatkan penyiapan projek lebih awal daripada tarikh asal,sebagai bukti komitmen berterusan untuk meningkatkan pengalaman penumpang.

"Kemajuan sedemikian tidak hanya menangani keperluan operasi yang segera,tetapi turut memperkukuh kedudukan KLIA sebagai hab pengangkutan utama di rantau ini dengan menyediakan perkhidmatan dan prasarana bertaraf dunia kepada para pelanggan," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari dagangan ketiga berturut-turut

FBM KLCI meningkat berikutan pelabur buru kaunter sarung tangan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Niaga hadapan KLIBOR dibuka tanpa diniagakan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap