Masjid An-Nur di Labuan
LABUAN,17 Jun- Pelbagai lapisan masyarakat beragama Islam menunaikan solat Aidiladha di masjid dan surau di sekitar dekat sini hari ini. Di Masjid An-Nur,lebih 3,000 umat Islam menunaikan solat Aidiladha yang diketuai oleh Ketua Imamnya,Ustaz Nur Mahadi Baharum.
Beliau juga turut menyampaikan Khutbah Aidiladha bertajuk “Wasiat Arafah,Pedoman Ummah”. Intipati khutbah itu antaranya,ibadah haji merupakan rukun Islam wajib ditunaikan oleh setiap muslim yang berkemampuan.
Umat Islam juga perlu menjaga amanah harta,sentiasa membuat perhitungan amalan dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Seterusnya,Islam juga menuntut umatnya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai suami dan isteri,bertakwa dan beriman dengan balasan akhirat.
Ibadah korban turut dilaksanakan di sekitar pulau itu yang dianjurkan oleh kariah masjid dan surau.
Program yang dianjurkan secara bergotong-royong mengimarahkan lagi sambutan Aidiladha dan ibadah korban yang dilaksanakan.
Dalam pada itu,pihak Penguatkuasa Jabatan Veteriner turun padang melakukan pemantauan terhadap aktiviti penyembelihan,agar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sentiasa dipatuhi.
Selain itu,perlaksanaan ibadah korban perlu mendapat permit kebenaran terlebih dahulu bagi memastikan haiwan sembelihan berada dalam keadaan baik dan tiada penyakit.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu Hubungi kami SiteMap