Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Pasaran getah dijangka bergerak mendatar, cenderung susut minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,15 Jun- Pasaran getah dijangka diniagakan mendatar pada minggu depan dengan kecenderungan menyusut,kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata,kebanyakan pembekal dan peniaga tidak aktif berikutan cuti Aidiladha pada Isnin.

Selain itu,Low berkata,pengurangan bilangan kapal belayar susulan krisis Laut Merah,telah meningkatkan kos atau kadar pengangkutan hampir dua kali ganda dengan beberapa laluan menyaksikan peningkatan dua kali ganda dan boleh menjejaskan harga getah global.

Bercakap kepada Bernama,beliau berkata kalangan penggiat pasaran juga bersedia berikutan laporan mengenai kemungkinan fenomena cuaca La Nina melanda wilayah utara pada minggu-minggu akan datang.

Bagi minggu yang baru berakhir,pasaran diniagakan kebanyakannya rendah seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan serantau getah yang lemah.

Sebagai perbandingan asas Jumaat hingga Jumaat,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 turun 27 sen kepada 829 sen sekilogram daripada 856 sen sekilogram minggu lepas manakala susu getah pukal susut satu sen kepada 793.50 sen sekilogram daripada 794.50 sen sebelum ini.

Pada pukul 5.00 petang Jumaat,harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal mencecah 823 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 793 sen sekilogram. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Mengapa pencetak inkjet komputer tangan CYCJET membuat produksi anda lebih efisien?

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

Malaysia-UAE tanda tangan FTA akhir tahun ini

Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS

Malaysia dijangka capai 20 peratus volum kenderaan elektrik pada 2030

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap