Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Perdana Menteri solat sunat Aidiladha di Masjid Putra

Foto RTM

PUTRAJAYA,17 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 20,000 jemaah di Masjid Putra,di sini.

Perdana Menteri yang lengkap berbaju Melayu biru muda tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pukul 7.52 pagi,disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Seawal pukul 7 pagi,pekarangan Masjid Putra mula dipenuhi ribuan orang awam termasuk pelancong asing yang tidak melepaskan peluang untuk melihat suasana solat sunat Aidiladha.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra Salahuddin Ghozali.

Perdana Menteri turut mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Aidiladha dan Kepedulian Sosial Kita’ yang disampaikan Salahuddin.

Pengisian khutbah itu antara lain menyentuh mengenai ibadah yang disyariatkan dalam sambutan Aidiladha.

“Dengan ibadah korban yang dilakukan,sebahagiannya akan diberikan kepada umat Islam yang lain dan dengan itu ia mengajar tentang sikap cakna dan peduli pada orang di sekeliling dan melatih amalan bersedekah kepada orang yang memerlukan.

“Sikap peduli kita juga wajar kita tingkatkan terutama buat saudara-saudara kita di Palestin,” kata Salahuddin.

Sebelum beredar,Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah yang hadir.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Prestasi pelancongan domestik mengukuh - DOSM

Top Glove perkenal program literasi kewangan bersama CIMB Foundation

Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah

Lebih 300 sukarelawan MTSP siap siaga hadapi banjir gelombang ketiga

RM1 juta diperuntukkan untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin

Kerjasama Tourism Johor dan MBJB hasilkan mural tarikan pelancong

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap