Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Sultan Kedah berangkat tunai solat Aidiladha di Masjid Zahir

Foto RTM

ALOR SETAR,17 Jun - Sultan Kedah,Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir,di sini,pagi tadi.

Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Muhamad Sanusi Mad Nor.

Turut berangkat,Raja Muda Kedah,Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan SalehuddinTunku Mahkota Kedah,Tunku Shazuddin Arif Al Aminul Karim Sultan Salehuddin.

Solat sunat aidiladha dipimpin Imam Besar Masjid Zahir,Syeikh Mohd Naim Ahmad.

Lebih 1,000 jemaah turut sama menunaikan solat sunat berkenaan.

Tuanku Sultan Sallehuddin meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman bersama-sama jemaah sebelum berangkat pulang.

Sementara itu di Melaka,Yang di-Pertua,Tun Mohd Ali Mohd Rustam menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Al-Azim,pagi ini.

Seawal pukul 7.45 pagi jemaah sudah mula tiba di perkarangan masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Tun Mohd Ali bersama-sama isteri Toh Puan Datuk Asmah Abd Rahman tiba di perkarangan masjid pada pukul 8.23 pagi.

Ketibaan beliaudisambut Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil bersama-sama Timbalan Exco Pendidikan,Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama,Rosli Abdullah.

Turut hadir di masjid negeri ialah Exco Pembangunan Wanita,Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Noordin.

Solat sunat Aidiladha dipimpin Imam Besar Masjid Al-Azim,Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz,selain menyampaikan khutbah bertajuk Pengorbanan Yang Sejati.

Suasana solat Aidiladha turut meriah dengan kehadiran kanak-kanak selain ahli keluarga yang berpakaian raya sedondon.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Niaga hadapan FBM KLCI rendah dalam dagangan awal

Niaga hadapan MSM ditutup rendah bagi hari dagangan ketiga berturut-turut

FBM KLCI meningkat berikutan pelabur buru kaunter sarung tangan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Ringgit dibuka rendah berbanding Dolar AS

Niaga hadapan KLIBOR dibuka tanpa diniagakan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap