Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,12 Jun - Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan awal Rabu,walaupun mata wang negara maju itu meningkat susulan kenaikan dicatatkan Indeks Dolar AS (DXY),kata seorang ahli ekonomi.

Pada 9 pagi ini,ringgit meningkat kepada 4.7170/7230 berbanding dolar AS pada paras 4.7175/7205 di akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY meningkat 0.10 peratus kepada 105.259 mata yang membuktikan peningkatan permintaan terhadap dolar AS.

“Mata wang tempatan akan terus kekal dalam julat kecil berikutan pasaran menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada malam ini," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun,beliau berkata lelongan nota Perbendaharaan 10 tahun AS mendapat bidaan kukuh daripada pelabur,namun hasilnya susut kepada 4.438 peratus berbanding lelongan sebelumnya sebanyak 4.483 peratus dengan nisbah sebanyak 2.67 kali - tertinggi sejak Februari 2022.

“Nampaknya spekulasi pengurangan kadar faedah pada September mendapat lebih banyak perhatian menjelang keputusan FOMC pada 12 Jun,” katanya.

Pada penutup,ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama,kecuali yen Jepun yang susut kepada 3.0006/0046 daripada paras penutup 3.0000/0021 pada Selasa.

Ringgit juga mengukuh berbanding euro kepada 5.0642/0706 daripada 5.0708/0741 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 6.0062/0138 daripada 6.0073/0111 sebelum ini.

Sementara itu,ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Berbanding dolar Singapura,ringgit mengukuh kepada 3.4853/4900 daripada 3.4862/4887 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8315/8521 daripada 12.8364/8491 semalam.

Bagaimanapun,ringgit hampir tidak berubah masing-masing berbanding rupiah Indonesia kepada 289.5/290.0 daripada 289.5/289.9 semalam manakala bagi peso Filipina kepada 8.03/8.05 daripada 8.03/8.04. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal

AirAsia perluas laluan penerbangan ke Indonesia

Fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama negara dilancar

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap