Rumah Panduan Hidup Urus niaga perniagaan Gelang pintar Lebih

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,10 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik daripada jangkaan yang diumumkan pada Jumaat lepas.

Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Jun 2024 turun kepada US$2,303.8 setiap auns troy daripada US$2,355.0 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas,manakala Julai 2024 susut kepada US$2,310.6 setiap auns troy daripada US$2,361.80 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos 2024,September 2024,Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah pada US$2,325.9 setiap auns troy daripada US$2,377.0 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan meningkat kepada 39 lot daripada 27 lot pada Jumaat lepas,manakala kepentingan terbuka naik kepada 69 kontrak daripada 52 kontrak sebelum itu.

Menurut London Bullion Market Association pada 7 Jun,harga emas fizikal berada pada US$2,310.80 setiap auns troy.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

AirAsia, Airbus jalin kerjasama majukan kelestarian penerbangan

TPM: Hati-hati kongsi strategi pemasaran industri halal dengan negara luar

Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM

Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan

© Hak cipta 2009-2020 Rangkaian Berita Melayu    Hubungi kami  SiteMap